Best gak p kem ni, dah lama x bercamping mcm ni. Banyak gak aktiviti yang AJK telah rancang dan semuanya berjalan dengan lancar. Harap-harap lah tahun depan ada lagi camni. Bleh la aku bawak bini & anak aku (coming soon).
Antara aktiviti-aktiviti yang kitorang jalankan......
Bila dah lama x bercamping cmni, penat sungguhnya rasanya. Aku tengok anak murid aku semua ni enjoy sepanjang aktiviti dan harap-harap lah dorang ni ingat sampai bila-bila apa yang diorang buat di sini.
Yang best nya, budak-budak ni mcm tak reti penat. Dah la lewat dorang tidur, bukannya apa duk bersembang2 dengan kawan2 la kononnya. Bila dah tido mulalah ada yang mimpi/'ngigau', panggil mak dan ayah dorang lah, cakap sorang2 lah (kadang2 aku pn x paham bahasa yang dorang cakap), ada yang duduk pastu baring lagi dan macam-macam lagi lah (seronok gak tengok dorang time ni).
Pastu dorang ni bangun awal la pulak, kul 4 pagi dorang dah p mandi. Semangat betul aku tengok dorng ni. Padahal time tu aku rasa macam baru je tido, sebabnya aku layan PK KO (Cikgu Rahman) aku ngan Yanto mancing tepi pantai sampai kul 2 pagi. (TAk dapat ikan pn.....)
Last day kitorang xde buat apa, bagi la budak2 ni duk santai & main2 kat tepi pantai kutip cengkerang dan batu. 10 pagi buat majlis penutup dan bersuarai. Budak-budak & cikgu terus ke rumah Cikgu Raudzah (adiknya kawin).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan