Memaparkan catatan dengan label bola baling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola baling. Papar semua catatan

Isnin, 25 Mei 2009

Bola Baling MSS Johor



Pada 22.05.09 (Jumaat), budak-budak bola baling sekolah aku (3 org je) yang mewakili Mersing dengan penuh semangat yang berkobar-kobar untuk menang menuju ke Felda Air Tawar 2. Kitorang sampai dalam kul 11 am dan diberitahu yang jadual petang ini telah diubah. Daerah Mersing berjumpa dengan Pengerang (sepatutnya JB dulu) dan Johor Bahru pada Sabtu pagi.



Pada perlawanan pertama, Mersing tewas dengan Pengerang (6-7) dan tewas perlawanan kedua dengan JB (6-14). Walaupun tewas, jurulatih Mersing berpuas hati dengan semangat yang ditujukkan oleh Mersing walaupun tewas dua kali. Aku pun puas hati dengan dorang dan aku harap la budak-budak aku ni dapat ambil pengalaman ni untuk tahun depan.



Tengah hari Sabtu budak-budak Mersing balik dengan muka yang ceria, sebabnya walaupun kalah dorang dapat baju sorang sehelai (duit makan hari Ahad sebenarnya...he...he). Tapi yang penting dorang enjoy. Budak-budak aku pulak dah la dapat baju, aku bawak pulak dorang ni pi makan KFC kat Kota Tinggi, senyum lebar la dorang ni.



Apa-apa hal, tahniah aku ucapkan kepada anak didik aku yang 3 orang ni kerana berjaya mewakili daerah Mersing walaupun kalah dalam peringkat kumpulan. TAHNIAH sekali lagi.....




Rabu, 20 Mei 2009

Latihan Bola Baling

Petang ini aku terlibat dengan latihan bola baling di sekolah (SK Felda Tenggaroh 6). 3 orang anak didik aku telah terpilih untuk mewakili daerah Mersing ke peringkat MSSM Johor yang akan diadakan di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi pada 22-25 Mei 2009.

Pada 05 Mei yag lalu, pasukan bola baling lelaki sekolah aku telah berjaya mendapat tempat KEDUA di MSSM Mersing yang diadakan di SK Bandar Endau. Sekolah aku menang dengan SK Bandar Mersing (7-2) dan SK Pusat Air Tawar (6-3) tetapi kecundang dengan SK Bandar Endau (3-5).

Tapi aku puas hati dengan anak didik aku ni, walaupun hanya 2 minggu setengah sahaja diorang jalani latihan, diorang berjaya mendapat tempat kedua. Komitmen diorang memang aku hargai.

Aku berharap sangat anak didik aku ni akan menjadi pemain yang bagus dan menunjukkan kebolehan di peringkat yang lebih tinggi lagi. Semoga daerah Mersing mampu menjadi juara di peringkat MSSM Johor nanti... InsyaAllah...

Doa-doakan la ye....